Masalah Komputer ‘Spec’ Rendah Untuk Pes 2018? Ini Mungkin Boleh Bantu Anda

Loading...

PES 2018 telah pun dikeluarkan. Ramai peminat permainan ini mengeluh kerana spesifikasi yang tinggi diperlukan oleh permainan video ini.

Ramai yang berjumpa dengan mesej ini

Anda mungkin memiliki ram yang tinggi tetapi spec CPU anda pula agak rendah untuk menampung spec minima yang diperlukan.

Ataupun anda bermasalah dari segi kapasiti ram dan juga CPU

Anda boleh semak ‘spec’ komputer anda di sini : Game Debate – Semak Spesifikasi Komputer Saya PES 2018 .

Secara umumnya ini adalah spesifikasi minimum komputer anda untuk bermain PES 2018.

OS: Windows 10, 8.1, 8, 7 SP1(64-bit)
CPU: Intel Core i5-3450 3.10GHz/AMD FX 4100 3.60GHz.
RAM: 8GB RAM.
VGA: Nvidia GTX 650/AMD Radeon HD 7750.
VRAM: 2GB.
DirectX: DirectX 11.0.
HDD: 30GB free hard disk space.
Resolution: 1280 x 720 monitor resolution.

Jadi, jika anda berhadapan dengan masalah ram ataupun CPU yang rendah, anda boleh cuba penyelesaian ini.

1. Set tetapan grafik kepada ‘performance setting’

Pastikan anda set semua tetapan grafik anda kepada fungsi utamakan ‘performance’ bukannya kualiti. Untuk tetapan grafik ini, ia ada pada komputer anda.

2. Muat naik PES 2018 more FPS

Selepas itu, anda boleh download PES 2018 More FPS di pautan di bawah ini:

PES 2018 More FPS

Jika pautan di atas tidak ‘valid’ anda boleh sahaja gunakan carian google untuk More FPS PES 2018.

3. Extract, Copy dan paste

Selepas itu, anda extract fail yang anda sudah download. Ianya haruslah dt00_x64.cpk.

Anda perlu salin fail ini dan gantikan dengan file dengan nama yang sama di folder data.

Pastikan anda backup fail lama terlebih dahulu sebelum menggantikannya dengan fail baru.

Selepas itu ‘paste’ ke folder tersebut.

4. Setting

Kemudian pergi ke setting anda dan pastikan anda bermain dengan 30 fps.

Untuk makluman pembaca jika spec anda terlalu rendah, seperti 2GB ram ataupun CPU anda di bawah i3, cara ini mungkin tidak membantu.

Anda boleh cuba dahulu. Dan ada sesetengah orang akan berhadapan dengan masalah ‘white screen’ dan anda perlu tukarkan kembali fail tadi dengan yang asal.

Selamat mencuba dan di sini ada contoh daripada youtube oleh seorang pengguna PES dari Indonesia.

kredit:- semuanya bola

Loading...