Mawar Berdebar nak menikah esok

Loading...

PELAKON Mawar Rashid berdebar dan teruja bagi menghabiskan ‘masa-masa terakhir’ sebagai orang bujang sebelum melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, petang esok.

Mawar ketika dihubungi berkata, dia juga tidak sabar untuk bergelar isteri serta melalui alam perkahwinan bersama lelaki yang dicintainya itu.

Raden Ahmad Faizal atau dikenali sebagai Raf Yaakob juga adalah adik kepada penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara jam 2.30 petang esok.

“Saya sangat teruja dan gementar untuk melalui fasa baru dalam hidup. Tanggungjawab selepas ini tentunya lebih besar dan saya punya impian untuk bergelar isteri yang solehah. Saya berharap majlis pernikahan akan berjalan lancar.

“Sebenarnya saya lebih gementar berbanding Raf. Saya tanya kepadanya tidakkah dia gemuruh, dia kata tidak sabar untuk bergelar suami serta mahu susah dan senang bersama saya,” katanya.

Mawar berkata, semua persiapan sudah dilakukan dan majlis berinai bertemakan Thai turut diadakan malam ini.

Dalam majlis yang akan berlangsung esok, mereka memilih tema Jawa Tradisional.

“Saya sangat teruja kerana saya dan Raf mempunyai latar belakang keluarga yang berdarah campuran.

“Ibu saya darah campuran Melayu-Thailand manakala ibu Raf dari Indonesia.

“Jadi kami gabungkan setiap tradisi masing-masing dalam setiap majlis yang diadakan,”katanya.

sumber:- HM

Loading...