Melaka United Tunggu Keputusan Ghaddar

Loading...

PETALING JAYA: Melaka United hanya menunggu jawapan Mohammed Ghaddar bagi melengkapkan kuota pemain import bagi musim 2018.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) Datuk Yusoff Mahadi memberitahu untuk pasukan negeri itu, hanya seorang sahaja pemain import lama yang dikekalkan.

“Jeon (Woo-Young) (Korea Selatan) kita kekalkan, manakala tiga lain kita cari baharu.

“Dua daripadanya sudah sah akan bersama kami. Seorang dari Portugal dan seorang lagi dari Perancis,” ujarnya ketika dihubungi¬†mStar Online¬†pada Selasa.

Yusoff berkata, slot terakhir pemain import sudah ada iaitu bekas penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar.

“Ghaddar akan mengisi slot terakhir pemain import kita. Sekarang masih di peringkat perbincangan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Secara dasarkan JDT bersetuju untuk melepaskan Ghaddar. Cuma sekarang ini kita belum dengar daripada mulut pemain itu sendiri.

“Kita tidak mahu pemain itu datang kerana terpaksa. Saya nak dia datang ke Melaka atas kerelaan hati sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Melaka United kini rancak mengisi kekosongan senarai pemain selepas hanya mengekalkan sembilan pemain sahaja selepas berakhir musim Liga Malaysia 2017.

“Kami telah menandatangi dua penjaga gol Mohd Faridzuen Kamaruddin dari Sime Darby FC dan Zamir Selamat dari PKNS FC untuk musim baharu Liga Super.

“Selain itu, ada beberapa pemain yang belum hadir untuk menandatangani kontrak,” tambahnya.

Tambahnya, Melaka United turut menandatangani kontrak dengan Effendy Kamsah dari Felda United sebagai jurulatih penjaga gol yang baharu untuk melatih barisan akhir skuad hijau putih bagi menghadapi saingan 2018.

kredit:- mstar

Loading...