Memphis Depay Dakwa Jadi Mangsa Manchester United

Loading...

MEMPHIS Depay mendakwa dia telah menjadi mangsa ketika di Manchester United sebelum dijual kepada Lyon.

Bekas pemain sayap United itu mendakwa, dia tidak diberi masa secukupnya ketika berada di Old Trafford sebelum dibuang.

Pemain Belanda berkenaan menjadi pilihan Louis Van Gaal pada setiap perlawanan namun tidak ketika dibimbing Jose Mourinho.

Ketika di bawah Mourinho yang dia hanya disenaraikan untuk kesebelasan utama dalam satu perlawanan sahaja iaitu ketika menentang Northampton.

Namun, tidak lama selepas itu Depay dijual kepada Lyon dengan nilai £21 juta pada Januari.

“Dalam tahun pertama memang saya tidak memberi banyak sumbangan.

“Tapi saya percaya jika diberi masa secukupnya, saya akan berjaya di Liga Perdana Inggeris.

“Tetapi ini tidak berlaku, saya tidak diberi peluang untuk terus positif dan melakukan yang terbaik,” jelasnya.

kredit:- mstar

Loading...

Leave a Reply