Nasib Liridon dan Sandro Di putuskan

Loading...

Akhirnya ada maklumat mengeani ketua jurulatih pasukan Kedah musim 2018 daripada setiausaha KFA diumum akhir bulan ini.

Penganti Mohd Nidzam akan diketahui pada hujung bulan ini.

KETUA jurulatih baharu Kedah bakal diketahui selewat-lewatnya pada penghujung bulan ini selepas urusan menandatangani kontrak dimeterai bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya kini sedang serius meneliti beberapa senarai calon dan tidak mahu mendedahkan perbincangan awal kerana mampu menganggu urusan tersebut yang disifatkan sebagai berjalan lancar setakat ini.

Selain itu beliau juga tidak mahu mengulas mengenai desas desus media berkenaan Ramon Marcote dan Mario Gomez yang dikatakan sedang dalam pertimbangan KFA.

“Pihak pengurusan sedang meneliti 2 hingga 3 nama calon ketua jurulatih dan perbincangan awal ini tidak dapat didedahkan sehingga selesai urusan menandatangani kontrak.

Dijangka segala urusan pemilihan ini akan dimuktamadkan penghujung bulan November dan bakal diumumkan kepada semua pihak,” katanya pada sidang media tengahari tadi.

Aminuddin berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Jurulatih sedia ada, Mohd Nidzam Adzha Yusof yang meneruskan prestasi cemerlang skuad hijaukuning sejak mengambil alih pasukan pertengahan musim ini dan akan mengalas jawatan penolong jurulatih kepada pengendali baharu selepas ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan sebahagian besar pemain musim ini memberi komitmen untuk terus kekal termasuklah 2 pemain import sedia ada iaitu Liridon Krasniqi yang masih berbaki kontrak sehingga 2018 dan Sandro Mendonca yang mahu terus kekal musim depan.

Menurutnya, dua lagi slot pemain import akan tertakluk kepada kata putus ketua jurulatih baharu.

Sumber : Helang Merah FC

Loading...