Neymar Tak Setaraf Messi, Sukar Disanjung

Loading...

PEMAIN pertahanan Celtic percaya Neymar tidak akan dihormati seperti bekas rakannya di Barcelona, Lionel Messi jika dia terus melakukan ‘drama’.

Neymar adalah pemain bola sepak termahal dunia dengan nilai perpindahan €222 juta, tetapi pemain Paris Saint-Germain itu tidak akan menerima pujian seperti Messi, kecuali dia menghentikan dramanya yang berlebih-lebihan itu, kata Mikael Lustig.

Pemain antarabangsa Brazil itu meninggalkan Barcelona ke ibu negara Perancis pada musim panas ini untuk mencatatkan perpindahan rekod dunia.

Perpindahan itu dilakukan bertujuan untuk keluar dari bayang-bayang Messi dan rakan-rakan lain di Camp Nou dan membolehkan dia menyerlah dalam skuad lain.

Lustig, walaupun tidak mempersoalkan keupayaan pemain berusia 25 tahun itu telah memberi amaran tentang sikapnya yang mungkin akan membuatkan dirinya tidak akan disanjung sampai bila-bila, sebaliknya penyokong akan terus menyanjung sikap dan corak permainan Messi.

Selepas melihat Neymar melakukan ‘diving’ dalam pertembungan Liga Juara-Juara di Parkhead pada Selasa, Lustig berkata: “Sama macam Neymar biasa lakukan. Dia adalah pemain bola sepak yang sukar dipercayai, tetapi ada satu perkara yang kita lihat sebelum ini dan kita akan melihatnya lagi.

“Saya telah berkata sebelum ini bahawa ia adalah sebahagian daripada permainannya. Dia cuba untuk bertindak balas berlebih-lebihan untuk membuatkan bek lawan mundur. Kita akan melihatnya lagi dan lagi.

“Jika dia mahu disayangi seperti Messi, mungkin dia perlu menghentikannya.” -goal.com

Loading...

Leave a Reply