Norman Hakim Bakal Naik Pelamin Lagi?

Loading...

PELAKON Norman Hakim bakal sekali lagi bersanding buat kali kedua bersama isterinya, Memey Suhaiza bersempena sambutan ulangtahun ke-6 perkahwinan mereka pada 24 September ini.

Norman atau Mohamed Norhakim Zaidon, 41, berkata, majlis itu diadakan sebagai tanda simbolik dan gimik selepas perlantikannya dan isteri sebagai duta rasmi Mahligai Impian Catering & Events pada Mac lalu.

“Insya-Allah jika tiada halangan kami akan kembali naik pelamin dan majlis itu nanti diharap dapat beri keberkatan dan manfaat serta tidak bersifat klise dengan sambutan ulangtahun perkahwinan yang selalu kita dengar.

“Pada acara itu juga saya juga ingin meraikan anak sulung saya iaitu Mohamed Danish Hakim yang berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk,” katanya kepada mStar Online.

 

Norman dan Memey berkahwin pada 2011.

Dalam pada itu, Norman berkata, pada majlis itu juga dia akan mengumpulkan semua ahli keluarganya termasuk bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya bagi memeriahkan acara itu.

Malah kata Norman, pihak Mahligai Impian Catering telah pun memaklumkan perkara itu kepada Abby dan masih menantikan persetujuan daripada bekas isterinya itu.

Majlis itu bakal diadakan di Selayang dan dijangka seramai 5,000 sehingga 10,000 tetamu bagi memeriahkan persandingan di antara Norman dan Memey.

 

Pasangan ini dilantik sebagai duta Mahligai Impian Catering & Events.

Sementara itu, Memey pula memberitahu perasaannya bercampur baur di antara malu dan teruja apabila bakal ‘naik pelamin’ buat kali kedua dengan Norman.

“Saya gembira dan teruja memandangkan majlis kali ini saya sudah berhijab berbanding ketika bersanding dahulu.

“Dapatlah saya kongsi gambar perkahwinan untuk tatapan anak-anak berbanding gambar sebelum memakai tudung sebelum ini,” katanya.

Norman dan Memey berkahwin pada 24 September 2011.

sumber:- mstar

Loading...

Leave a Reply