Ozil Sedia Ke Old Trafford?

Loading...

BAYANGAN Mesut Ozil untuk berada di Old Trafford dilihat semakin hampir.

Ozil yang digelar ‘play maker’ bagi skuad Arsenal dikaitkan bakal berpindah ke Manchester United sebaik sahaja kontraknya berakhir musim ini.

Difahamkan Jose Mourinho bercadang untuk membawa pemain itu ke dalam skuadnya bagi kempen 2018/19.

Lebih mengukuhkan lagi desas-desus perpindahan tersebut apabila penaja utama pakaian sukan berjenama terkenal selaku penaja utama United telah menggabungkan Paul Pogba dan Ozil.

Bintang United itu digandingkan dengan Ozil untuk iklan rasmi Adidas.

Rata-rata peminat percaya iklan tersebut merupakan bayangan masa depan dua pemain itu akan bergandingan dalam satu pasukan.

sumber:mstar

Ozil Letak Syarat Untuk Kekal

PEMAIN kebangsaan Jerman, Mesut Ozil nampaknya meletakkan syarat kepada Arsenal sekiranya mahu dia kekal di Emirates.

Ozil dilaporkan mahukan jersi No 10 milik Jack Wilshere.

Bekas pemain Real Madrid itu akan tamat kontrak pada musim panas akan datang tetapi masih ada potensi untuk memperbaharui kontraknya bersama Arsenal.

Ozil yang memakai jersi No 11 ketika ini mendesak Arsenal untuk memenuhi permintaannya itu kerana ingin meningkatkan nilai komersialnya.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu juga mahu gajinya dinaikkan kepada 150,000 pound sterling seminggu untuk kekal di London di mana dia telah membeli sebuah rumah baharu.

Ozil mahukan jersi tersebut kerana ia dikaitkan dengan nilai komersialnya, malah Instagramnya turut menggunakan nama m10_official.

Dia turut menyarung jersi No 10 bersama skuad kebangsaan Jerman selepas Lukas Podolski bersara.

Wilshere pula memperoleh jersi tersebut dari Robin van Persie apabila pemain itu berhijrah ke Manchester United pada 2012.

kredit:- mstar

Ozil bosan berada di Arsenal

Mesut Ozil. Nama yang sering meniti di bibir peminat The Gunners sejak berhijrah dari Real Madrid ke Arsenal pada 2013. Ozil merupakan salah seorang pemain tonggak sandaran Arsene Wenger yang membantu skuad itu untuk terus memberikan saingan di kelompok atasan Liga Perdana Inggeris.

Terbaru, media antarabangsa melaporkan bahawa kemungkinan besar Ozil bakal meninggalkan Stadium Emirates apabila enggan menyambung kontrak yang akan tamat penghujung musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu dilihat seperti sudah mula bosan berada di Arsenal apabila sering kali gagal mencapai kedudukan tertinggi dalam setiap pertandingan yang disertai. Tambahan pula musim ini Arsenal gagal merebut tempat untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain antarabangsa Jerman itu dikhabarkan mahu mencari angin baru dan khabar angin kuat mengaitkan beliau mahu bersama semula dengan bekas pengurus lamanya, Jose Mourinho. Ini pastinya menimbulkan bibit-bibit kebencian peminat The Gunners apabila sekali lagi bintang mereka berhijrah kepada musuh utama di saingan liga.

Jika Ashley Cole dan Cesc Fabregas memilih Chelsea, Gael Clichy, Bacary Sagna dan Samir Nasri memilih Manchester City, adakah Ozil akan mengikut jejak langkah Robin Van Persie yang memilih Manchester United?

Ozil turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab La Liga Barcelona, namun semuanya Dayang rasakan hanyalah satu spekulasi liar sahaja memandangkan The Catalan sedang dalam isu politik Catalonia.

Bekas legenda Arsenal, Martin Keown turut mengkritik Ozil apabila dilihat tidak memberikan sepenuh hati apabila menyarung jersi The Gunners. Keown merasakan bahawa hanya jasad Ozil sahaja berada di Emirates, namun hatinya telah melencong ke tempat lain.

Dayang bukanlah peminat The Gunners, namun gosip perpindahan Mesut Ozil menarik minat Dayang. Apatah lagi Ozil merupakan antara pemain yang mempunyai gaya dan stail tersendiri. Ozil juga menarik minat Dayang apabila mengatakan bahawa dia lebih gemar memberikan bantuan gol kepada rakan berbanding menjaringkan gol.

sumber:- astro

Loading...