PBNJ puji kelancaran jualan tiket

Loading...

KUALA LUMPUR: Titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan sikap profesional penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan kelancaran penjualan tiket final Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, hari ini.

Skuad Harimau Selatan bakal menentang Kedah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini bagi memburu trofi kedua musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata marshal bertugas juga turut memainkan peranan penjualan tiket berlangsung lancar tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

SEBAHAGIAN penyokong JDT mula beratur untuk membeli tiket yang dijual di kaunter Stadium Larkin bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 antara JDT dan Kedah pada 4 November di Stadium Shah Alam. – Foto Mohd Azren Jamaludin


PENYOKONG JDT ceria bersama tiket yang berjaya dibeli di kaunter Stadium Larkin pagi ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 antara JDT dan Kedah pada 4 November dia Stadium Shaha Alam. – Foto Mohd Azren Jamaludin

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.

Situasi ini berbeza dengan apa yang berlaku di Kedah apabila salah anggap mengenai jumlah sebenar tiket yang dijual menyaksikan berlaku beberapa insiden kekecohan.

Rentetan itu, kelab penyokong membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan sudah memberi keterangan ketika beberapa pegawai pihak berkuasa berkenaan hadir ke pejabat persatuan petang tadi.

kredit:- BH

Loading...