Pekida Taman Permata dan Lembah Pantai dibubarkan

Loading...

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan memutuskan dua kawasan yang bernaung di bawah Daerah Kuala Lumpur iaitu Pekida Lembah Pantai dan Pekida Taman Permata telah dibubarkan.

 

Rohaida Roslan

Rohaida Roslan

Serentak dengan itu, pemimpin serta ahli dua kawasan tidak boleh menggunakan apa-apa yang berkaitan dengan Pekida berkuatkuasa Sabtu lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Ayahanda Pekida Wilayah Persekutuan, Azkhalim Suradi selepas dipersetujui semua yang hadir dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Surau Abu Said Al-Khudri, Jalan Petaling (Petaling Street) Sabtu lalu.

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan Pekida Wilayah Persekutuan, Rohaida Roslan dan Timbalannya, Mohd. Yasin Mohd. Wahi.

Menurut Rohaida, keputusan itu dibuat berikutan kesalahan yang dilakukan oleh Pekida Lembah Pantai yang diketuai Adlan Lob dan Pekida Taman Permata yang diterajui Ibrahim Ishak.

“Kita telah memberikan amaran banyak lagi. Mungkin mereka anggap ia perkara remeh tapi mendatangkan nama yang tidak baik untuk Pekida Malaysia dan Pekida Wilayah Persekutuan,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Rohaida berkata, ahli-ahli Pekida di dua kawasan tersebut yang masih berminat menjadi ahli Pekida boleh menumpang kasih di bawah “ayahanda-ayahanda” yang ada di Kuala Lumpur.

sumber-UTUSAN ONLINE

 

Loading...