Pergilah cari ibu negara sendiri! – Faizal Tahir

Loading...

SHAH ALAM – Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang  mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel turut mendapat reaksi penyanyi Faizal Tahir.

Menerusi status di laman Twitternya, Faizal berkata Baitulmaqdis akan tetap menjadi ibu negara Palestin.

“Peri cari ibu negara kamu sendiri,” tulisnya yang ditujukan kepada Presiden Israel Benjamin Netanyahu dan kepada Trump.

Selain menyanyi, Faizal terlibat dengan misi kemanusiaan dan pernah ke Jordan bagi membantu pelarian Syria di sana.

Rasa kasih kepada rakyat Islam di bumi Syria dan Palestin, Faizal turut mencipta sebuah lagu Kullul Hubbi (setiap kasih dan sayang adalah dari kami untuk anda) bersama rakan baiknya, Aizat, Noh Salleh dan Muaz sewaktu bersama-sama pertubuhan #1Moment4Them ketika misi ke Syria.

kredit:- SH

Loading...