Pindah Jari Kaki Ke Tangan Supaya Boleh Belajar Menulis Semula

Loading...

Selepas terlibat dalam kemalangan apabila tangan Jeremy Payton, 55 termasuk ke dalam mesin pengisar, dia sangka dia sudah cacat. Tapi sebaliknya terjadi apabila doktor memindahkan 3 jari kakinya ke tangan supaya Jeremy boleh belajar menulis semula.

Bukan setakat menulis, Jeremy menggunakan ‘jari barunya’ itu untuk lakukan kerja-kerja harian seperti memasak, mengikat tali kasut dan bermain golf.

“Apabila kemalangan itu berlaku, saya tidak sedar betapa seriusnya keadaan itu. Saya menemui rakan sekerja dan memberitahu mereka mungkin kulit saya tertanggal dari tangan.

“Tapi apabila melihat tangannya, barulah saya sedar saya sudah tiada jari lagi,’’ katanya.

Kecederaan jarinya 17 tahun lalu sangat teruk hingga doktor dah tak boleh nak sambungkan jarinya.

“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan oleh doktor bahawa mereka boleh mengambalikan semula kegunaan tangan saya.

“Ia agak pelik apabila mereka menerangkan mereka mahukan jari kaki saya,’’ katanya.

pindah jari kaki ke tangan supaya boleh belajar menulis semula

pindah jari kaki ke tangan supaya boleh belajar menulis semula

Loading...

Leave a Reply