Pogba Dedah Rahsia Tundukkan City

Loading...

PAUL Pogba memberitahu Jose Mourinho bahawa Manchester United perlu berjuang habis-habisan menjelang pertembungan penting menentang Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Ketika ini, pasukan kendalian Pep Guardiola mendahului dengan lapan mata menjelang kunjung ke Old Trafford hujung minggu ini.

Tugas City nampaknya lebih mudah dengan ketiadaan Pogba yang digantung tiga perlawanan selepas dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Arsenal, Hector Bellerin minggu lalu.

Mourinho pula didakwa menerapkan taktik kotor dalam skuad kendaliannya.

Namun Pogba percaya kunci utama untuk menundukkan City musim ini adalah menjinakkan benteng pertahan pasukan itu.

“Kita perlu lakukannya. Untuk memenangi perlawanan itu anda perlu lakukan apa sahaja. Anda perlu agresif dan sentiasa bertahan.

“Bunuh permainan itu jika anda ada peluang kerana City mempunyai pemain berkualiti semasa berada di depan gawang dan mereka boleh membunuh permainan itu pada bila-bila masa.

“Mereka sentiasa menang dan belum pernah lagi tewas malah mentaliti mereka juga amat kuat,” kata Guardiola.

kredit:- mstar

Loading...