Rompakan ala-ala ‘Fast and Furious’

Loading...

MUNGKIN terpengaruh dengan lagak aksi filem Fast and Furious, sekumpulan perompak dari Romania meniru aksi filem tersebut untuk merompak barangan dalam lori ketika lori berkenaan di lebuh raya di Sepanyol.

Aksi penjenayah terbabit pada 22 Julai lalu, dirakam di Madrid, Sepanyol.

Memetik laporan Daily Mail, perompak tersebut menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai tingkap pada bumbung sebelum mengekori rapat di belakang lori.

Taktik itu digunakan bagi mengelakkan kehadiran mereka dikesan oleh pemandu lori tersebut melalui cermin sisi.

Perompak itu kemudian memanjat keluar melalui ‘sunroof’, turun ke bahagian belakang lori sebelum memotong kunci pintu belakang lori dan memindahkan barangan ke dalam kenderaan pacuan empat roda mereka.

Susulan itu, bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan kumpulan berkenaan yang dianggotai 10 rakyat Romania di sebuah rumah di Becerril de la Sierra, Madrid.

Penahanan itu berjaya menemui wang tunai £2,500 (RM14,000), walkie-talkie dan peralatan, termasuk tali mendaki dan gergaji rantai. Dipercayai, kumpulan itu merompak lebih 400 telefon dalam rompakan pertama bernilai hampir £200,000 (RM1.1 juta).

Menurut jurucakap polis, dipercayai kumpulan ini mensasarkan lori yang membawa telefon.

“Siasatan dapati, pemandu lori itu tidak berhenti di mana-mana dan hanya menyedari muatannya hilang selepas sampai ke destinasi ketika mahu menurunkan barangan,” katanya.

macam ni lah kot rompakan tu

sumber:- sinar harian

Loading...

Leave a Reply