Ronaldo Rasa Kehilangan

Loading...

SELEPAS Cristiano Ronaldo mengakui Real Madrid merasai kehilangan Alvaro Morata, penyerang itu menegaskan sebab mengapa dia memilih berpindah ke Chelsea.Pemain dari Sepanyol itu membuat keputusan untuk meninggalkan The Bernabeu pada Julai untuk bermain lebih kerap dan mendapat lebih banyak peluang bermain dalam kesebelasan utama.

Dia menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab barat London dan kini berada di bawah kendalian Antonio Conte.

Morata telah menunjukkan prestasi meyakinkan di Chelsea, menjaringkan tujuh gol dan melakukan tiga assist dalam 10 perlawanan Liga Perdana.

Pemain berusia 25 tahun itu menanduk masuk bola untuk memberi kemenangan 1-0 kepada Blues ketika menentang Manchester United minggu lalu.

Bintang Real, Ronaldo minggu lalu mengakui bahawa pasukan Sepanyol itu merasai kehilangan pemain kegemaran seperti Morata selepas Los Blancos membiarkannya meninggalkan kelab pada musim panas.

Walau bagaimanapun, Morata menegaskan dia yakin telah membuat keputusan yang tepat dengan meninggalkan Real.

Morata memberitahu akhbar Sepanyol, Marca: “Akhirnya, satu-satunya alasan yang tidak dapat diberikan oleh Real Madrid, adalah untuk saya bermain setiap hari Ahad, baik atau buruk.

“Sekarang saya ada tiga perlawanan yang mana saya tidak berada pada tahap terbaik dari segi fizikal tetapi saya terus bermain. Inilah yang saya perlukan.

“Real Madrid adalah Real Madrid dan mana-mana pemain mahu berada di Real Madrid. Kenapa saya mahu tinggalkan Real Madrid? Saya mahu bermain, tidak ada alasan lain.

“Saya dikatakan tidak mahu berjuang tetapi saya berjuang sepanjang hidup saya untuk berada di Real Madrid dan berada di kesebelasan utama.

“Sepanjang hidup saya…tetapi saya perlu bermain dan di Chelsea saya dapat apa yang saya mahu.”

Dalam perkembangan sama, Cadena SER melaporkan Morata mengakui menyambut baik di mempunyai peluang kembali ke Real.

“Sudah tentu, saya akan kembali ke Real Madrid, tetapi ia rumit.”

Morata dijangka akan bermain untuk Chelsea apabila Blues kembali ke aksi Liga Perdana selepas rehat antarabangsa, menentang West Brom.

The Blues kini berada di tangga keempat dan sembilan mata di belakang pendahulu Manchester City selepas 11 perlawanan. -thesportreview

Loading...