Rumahtangga Hafiz Hamidun-Joy Revfa Goyah?

Loading...

BARU beberapa bulan bernikah, isteri Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa mengakui ramai yang bertanya tentang status perkahwinannya dengan penyanyi berkenaan yang dikatakan sedang berantakan.

Bagaimanapun tanpa mengulas lanjut, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin,30, memberitahu kesibukan kerja membuatkan hubungan mereka sedikit renggang.

“Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga).

“Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk.

“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,” katanya kepada BH Online, hari ini.

Ahad lalu, usahawan kosmetik itu seolah-oleh memberi hint mengenai pergolakan dalam rumah tangganya menerusi muat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa penyanyi wanita dalam bahasa Melayu.

Antara lain, lirik lagu itu berbunyi: “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.”

Video berkenaan diiringi dengan status berbaur sedih, ‘Seharusnya…lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..’

Malah Joy turut memuatnaik paparan skrin perbualannya dengan Heliza Helmi yang disifatkan olehnya sebagai antara sahabat yang sentiasa menjadi penyejuk hatinya ketika dia bersedih.

Joy dan Hafiz melangsungkan pernikahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.

sumber:-MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply