”Sakit Tak? Lepas ‘Potong’ Kena Masuk Islam Ke”, Tanya Brian Berumur 7 Tahun Ketika Sertai Program Berkhatan

Loading...

“Lepas ‘potong’ kena masuk Islam ke?”

Ituah soalan yang perlu dijawab oleh Aly Wong setelah bercadang untuk mendaftarkan nama anak saudaranya Brian Wong, 7, sebagai peserta khatan beramai-ramai yang diadakan di Kepong.

Selain itu, Brian juga bertanya pelbagai soalan lagi yang memerlukan Aly menjawab secara berhati-hati bagi mengelakkan Brian enggan berkhatan, yang lebih sinonim dengan orang Islam.

“Soalan pertama ditanya Brian sudah tentulah sakit atau tidak. Selain itu, dia mahu tahu bagaimana proses bersunat itu dilakukan serta apakah peralatan yang digunakan?

“Semua soalan itu saya jawab dengan jujur, malah menunjukkan kepadanya proses bersunat yang dimuat naik di YouTube. Memang pada awalnya dia tidak mahu kerana takut.




“Saya mengambil masa beberapa hari untuk memujuknya dengan memberi penerangan terperinci mengenai kaedah serta faedah bersunat,” katanya.

Dalam program Jom Berkhatan anjuran Masjid Al Imam Al Ghazali ini, Brian muncul sebagai satu-satunya kanak-kanak bukan Islam dalam kalangan 25 peserta yang turut bersama-sama mengambil bahagian dalam program tersebut membabitkan mereka yang berusia 5 hingga 12 tahun.

Aly juga berkongsi bahawa Brian ada bertanya mengapa dia perlu bersunat sedangkan hanya orang Islam sahaja perlu berbuat begitu.

“Malah Brian bertanya saya adakah dia perlu memeluk agama Islam selepas bersunat. Saya agak terkejut dengan soalan ini, mungkin ada orang yang memberitahunya begitu,” katanya lagi.

Sumber : myMetro

kredit:- siakapkeli

Loading...