Saya Bertembung Dengan Tuanku Di Lobi Ketika Sarat Mengandung, Terus Baginda Bagi Saya Lalu Dulu – Wartawan The Malay Mail

Kemangkatan Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam begitu meninggalkan kesan kepada rakyat Kedah dan juga rakyat Malaysia selepas baginda baru sahaja selesai tempoh berkhidmat sebagai Yang Dipetuan Agong.

Kelibat baginda begitu menjadi bualan ramai kerana sikapnya yang cukup terkenal berjiwa rakyat dan sentiasa melemparkan senyuman kepada orang sekelilingnya dikala umurnya menjangkau 90 tahun.

Dikongsikan sebuah kisah oleh seorang wartawan daripada akhbar The Malay Mail, Wan Noriza Meor Idris di mana kemangkatan Sultan Abdul Halim cukup meruntunkan hatinya disebalik sebuah kisah yang berlaku cukup segar terpahat di dalam ingatannya di mana dia terjadi ketika dia bertembung dengan Baginda.

Menurut Wan Noriza, dia pernah beberapa kali terserempak dengan Almarhum kerana pernah berjiran dengan Baginda ketika masih bergelar Yang di-Pertuan Agong iaitu sekitar 2013 di sebuah kondominium mewah di Taman Tun Dr Ismail.

“Almarhum baginda seorang yang sangat pemurah dengan senyuman dan cukup bersahaja ketika kami bertemu beberapa kali.

“Kenangan yang terpahat dalam ingatan saya, sudah tentu kemesraannya terhadap orang lain tanpa mengira status,” katanya.

Satu hari ketika sedang sarat mengandung anak pertama, dia telah bertembung dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim di lobi kondominium, melihat keadaannya yang sarat baginda terus berkenan memberikan laluan kepadanya.

“Saya nampak Tuanku yang ketika itu dan sebagai tanda hormat saya ingin beri laluan kepadanya, namun sebaliknya baginda yang memberi laluan kepada saya.

“Setiap kali saya berselisih dengan Tuanku, kami hanya bertukar senyuman dan saya rasa sedikit ralat kerana tidak mengambil peluang untuk bergambar dengannya sebagai tanda kenangan.



“Kalau boleh diputar masa, saya ingin bergambar dengan Tuanku kerana baginda seorang yang sangat berjiwa rakyat,” ujarnya.

Beliau mendapat perkhabaran sedih tentang berita kemangkatan Almarhum Tuanku Abdul Halim daripada suaminya yang juga seorang pengamal media kira-kira jam 3 petang semalam(Isnin).

“Semoga Tuanku ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya. – Siakapkeli.my

Sumber: mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *