Saya, Gayatri tidak bercinta – Zul Ariffin

Loading...

KUALA LUMPUR: Aktor, Zul Ariffin, 31, menafikan khabar angin dirinya kembali menyulam cinta bersama penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai.

Zul sebaliknya menjelaskan, hubungannya dengan Gayatri adalah atas urusan kerja pembikinan filem, Hantu Kak Limah 2017m arahan Mamat Khalid yang kini menjalani penggambaran di Taiping, Perak.

“Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja.

“Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.

“Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri,” katanya kepada BH Online.

Zul berkata, dia lebih selesa pulang ke rumah keluarganya memandangkan penggambaran dijalankan berdekatan dengan kampungnya.

Aktor yang kembali menjadi sebutan ramai hasil lakonannya dalam drama rantaian, Titian Cinta, itu turut menyelar tindakan peminat yang menyebarkan gambar dan plat nombor kenderaan miliknya.

“Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.

“Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum,” katanya.

Selain Zul yang membawa watak guru silat dan pengamal perubatan tradisional bernama Solihin, Hantu Kak Limah 2017 turut dibintangi oleh Datuk Awie, Datuk Seri Vida, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

sumber:- BH

Loading...