saya masih boleh bekerja – Elyana

Loading...

“SAYA masih boleh bekerja (menyanyi) seperti biasa cuma ada ketika badan saya terasa lesu tetapi tidak pernahlah terlantar sehingga tidak boleh bangun,” kata Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana, 30, yang menghidap kanser limfoma tahap empat.

Menurutnya, selepas pengumuman mengenai penyakit itu, ada pihak takut menjemputnya membuat persembahan pentas.

“Saya masih boleh bekerja cuma ada ketika saya sukar bernafas dan sesak dada tetapi selepas berehat seketika, saya pulih.

“Sebenarnya saya tak suka berahsia dan lega apabila dapat berkongsi mengenai penyakit saya dengan peminat dan masyarakat.

“Terlintas juga di hati jika saya beritahu, bimbang orang menjauhi tetapi rupanya tidak, malah mereka terus menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya,” katanya ketika ditemui pada majlis solat hajat dan doa selamat yang diadakan oleh Elyana Official Fan Club di Kuala Lumpur, hari ini.

Elyana mengumumkan mengenai penyakitnya itu ketika dia tersingkir pada konsert minggu kelima, Gegar Vaganza musim keempat.

kredit:- HM

Loading...