‘Sayang nak balik kampung ke nak pindah? Masukkan tong gas sekali. Dapur almari…’

Loading...

Kemas baju macam nak pindah? Indah dan tak sabar nak rasa suasana balik kampung. Berhari-hari tengok wanita kemas dan siapkan baju nak balik kampung. Suami hairan dan terkejut tengok isteri.

Bagi kita lelaki, pakaian cuma pakaian. Bagi wanita, pakaian ini ada puluhan cabang dan ratusan rantingnya. Kita sebagai suami bila tak faham kata,

“Sayang nak balik kampung ke nak pindah? Masukkan tong gas sekali. Dapur almari…”

Mana muat kereta ni, macam raja semuanya disiapkan. Start enjin kereta dan jalan. Kasihan isteri, dah penat-penat uruskan semuanya. Patutnya suami tolong picit kaki mereka, urut mereka yang kepenatan.

Isteri diam saja. Dah berhari siapkan pakaian nak balik kampung. Bila sampai kampung, suami tanya “mana pakaian abang yang ini?”

“Tertinggal…” jawab isteri.

“Macam mana boleh tertinggal? Lain kali buat list, jangan tertinggal. Apalah…ya Allah.. Dah susah,” kata suami.

Isteri tunduk baik taat rasa bersalah.

Suami kena buat-buat sibuk juga masa isteri kemas pakaian. Jangan bertenang sangat atau paling penting jangan marah. Bila isteri tanya, tolong bantu cari. Atau paling kurang, “Yang ini nak pakai hari kedua ke sayang?”, “Cukup ke baju anak ni?”

Erti pakaian buat seorang isteri. Bagi isteri dah siapkan baju anak mana, baju ayah mana, pakaian di rumah, pakaian berjalan, pakaian tidur. Jangan kena anak gigit nyamuk, lengan panjang pendek, berlubang tak berlubang, warna cerah warna gelap. Hari raya pertama baju apa, tengah hari raya mana baju anak. Raya kedua mana, raya ketiga mana. Sama dari tudung sampai stokin supaya semua nampak cantik saja.

Kasut anak, stokin anak, tudung anak, bantal busuk anak-anak. Belum kira bantal suami dan bantal sendiri. Itu belum kira malam raya anak dah cuba semua baju. Ayah kata “Tak apalah, biarlah. Kasihan anak tu”.

Bila saya tengok ayah saya kemas bajunya dalam beg, saya rasa nak menangis. Bantu mana yang patut. Tapi tak sama sentuhan seorang isteri atau ibu. Serius kemas baju nak balik kampung pun kena ada seni.

Kadang-kadang seorang mak sibuk kemas baju anak-anak, kemas baju suami tetapi bajunya sendiri tertinggal. Dia sendiri tak sempat kemas.

Seorang isteri juga tempah kuih, ketupat atau makanan kesukaan keluarga. Bila nak ambil ini, bila nak ambil itu.

Balik kampung, pastikan pampers anak, susu anak mencukupi. Dulu tak pernah sedar semua itu. Sebba itu dalam hadis Nabi saw orang yang rumahnya dekat dengan rumah Nabi saw ialah orang yang berakhlak dan berbuat baik pada kepada isteri.

Keluar dari rumah, baca doa bismillahi tawakkaltu Alallah. La hawlawala quwata illah billahil aliyilazim. Riwayat Tirmidzi.

Siapa yang baca ini Allah jaga dia, cukupkan rezeki, jauhkan syaitan, dia dipimpin Allah.

Baca 5 surah 6 bismillah. 5 surau bermula surah Al-Kafirun diselangi bimilallahirahmanirrahim sampai An Nas kecuali surah Al Lahab.

Baca doa naik kenderaan, kemudian doa supaya tak kemalangan baca Az Zumar ayat 67.

Ya Allah, di akhir Ramadhan ini, kami pohon kau ampunkanlah ibu bapa yang kami sayangi. Ya Allah, ampunkan dosa isteri yang kami cintai. Sayangi dan kasihlah semua ahli keluarga kami. Mudahkanlah, selamatkanlah, berkati dan lindungi perjalanan setiap ahli keluarga kami dan semua manusia di dunia ini.

Sumber: Ebit Lew

Loading...

Leave a Reply