Selamat Tinggal Chelsea – Hazard

Loading...

Zidane Dapat ‘Lampu Hijau’ dapatkan Hazzard

EDEN Hazard dikatakan sengaja melengahkan masa untuk menandatangani kontrak sambungan di Stamford Bridge.

Penyerang utama Chelsea itu dikatakan sengaja melengahkan perjanjian baharu dengan gaji 300,000 pound seminggu selepas menerima panggilan daripada pengurus Real Madrid Zinadine Zidane dan presiden Florentino Perez.

Zidane menganggap Hazard boleh menjadi kunci penting di Santiago Bernabeu.

Menurut laporan di Sepanyol, Zidane telah mendapat lampu hijau daripada presiden kelab untuk mendapatkan Hazard.

Minggu lalu, Hazard mengakui impiannya untuk bermain di bawah Zidane.

“Semua orang tahu saya amat menghormati Zidane, juga sebagai pengurus. Dia adalah idola saya.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam karier saya di masa depan. Bagaimana pun jika dapat bermain di bawah Zidane adalah satu mimpi.

“Pun begitu Hazard turut menegaskan bahawa dia gembira berada di Chelsea.

“Masih banyak lagi perkara yang saya perlu capai bersama mereka. Saya hanya fokus untuk bermain dengan Chelsea,” tambahnya.

sumber: mstar

Loading...