Selamat Tinggal Real Madrid!

Loading...

SAH! CRISTIANO Ronaldo sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Real Madrid pada hujung musim ini.

Program televisyen Sepanyol, El Chiringuito de Jugones mendakwa pemain berusia 32 tahun itu sudah memaklumkan presiden Madrid, Florentino Perez mengenai hasratnya untuk meninggalkan Santiago Bernabeu.

Laporan itu turut mendakwa, Perez tidak sanggup melepaskan Ronaldo walaupun bintang sensasi tersebut menolak tawaran kontrak baharu bersama Real.

Ronaldo didakwa tidak gembira apabila mendapat tahu Real berusaha keras untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe dari Monaco pada musim panas lalu sebelum pemain itu memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain.

Ketika ditanya awal bulan ini mengenai tawaran kontrak baharu bersama Real, Ronaldo berkata:”Saya tidak mahu memperbaharui kontrak. Saya gembira dengan kontrak sedia ada.”

Ronaldo menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir bersama Real.

Malah, pemain kebangsaan Portugal itu turut kecewa dengan cara rakan pasukannya, Isco meraikan jaringannya selepas meledak gol ketiga untuk Real.

Terdahulu, Ronaldo menyambut kelahiran bayi perempuannya yang diberi nama Alana Martina hasil hubungan dengan kekasihnya, Georgina Rodriquez.

sumber:- mstar

Loading...