Selepas Viral, Wedding Planner Selesai Ganti Rugi

Loading...

Selepas kisah perunding perkahwinan terkenal, Zurin Jundi tular di media sosial pada minggu lepas, pihaknya kini sudah bersedia untuk membuat rundingan dengan 91 pelanggan yang membuat laporan polis terhadapnya dalam majlis sidang media yang diadakan semalam oleh pihaknya beserta peguam yang dilantik.

 

Sumber dari hmetro.com.my

Seorang peguam dan juga wakil bagi pihak Zurin Jundi, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar turut memberitahu bahawa pihak mereka sudah bersedia untuk berbincang mengenai jalan penyelesaian yang akan dilakukan oleh pihak mereka dan memulangkan deposit supaya semua pihak berpuas hati.

“Kami amat memohon maaf atas kecuaian yang berlaku dan akan membuat pembayaran secara berkala kepada beberapa pelanggan yang mendapat perkhidmatan kurang memuaskan terutama katering (makanan),” katanya.

“Bagi 91 pelanggan terutama bakal pengantin, mereka boleh terus menghubungi anak guam saya yang juga pemilik syarikat selepas 24 jam sidang media ini untuk berbincang secara menyeluruh mengenai isu tuntutan semula wang deposit,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pihak Zurin Jundi akan memulangkan wang kepada pelanggan mereka yang mengalami masalah ketika majlis perkahwinan mereka.

“Kami akan mengembalikan wang secara berperingkat. Buat masa sekarang kami masih dalam proses mengenal pasti pihak yang terlibat dalam proses ini,” ujarnya.

“Kami akui memang berlaku beberapa perkara yang tidak disengajakan, dan kami minta maaf atas kesilapan-kesilapan kami,” sambungnya.

Menurutnya, mereka mendapati terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab menyeleweng wang pelanggan syarikat mereka.

“Kami sedang mengenal pasti tentang perkara itu, apa yang kami pasti, ada lima atau enam individu atau entiti yang terlibat,” katanya.

“Kami akan kemukakan saman sivil ke atas mereka dalam masa terdekat kerana tindakan mereka ini telah menjejaskan perniagaan kami,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.

sumber:- rotikaya

 

Loading...

Leave a Reply