STESEN KERETA API DI NEGARA CHINA YANG PALING SUNYI, SEPERTI TIADA ORANG DAN TELAH DITINGGALKAN

Loading...

Kebiasannya, stesen kereta api merupakan satu tempat yang sangat sesak dengan orang ramai.

Bukan itu sahaja, semua pasti akan berebut untuk masuk ke dalam kereta api tersebut supaya tidak tertinggal dan menunggu kereta api yang seterusnya.

Namun demikian, jika anda ingin merasai pengalaman stesen kereta api bawah tanah yang sunyi dan tenang, Stesen Chaojiawan, China, ialah tempat yang paling tepat.

Pandangan daripada luarnya sahaja sudah nampak seperti tiada orang dan seperti ditinggalkan.

 

Kalau di Malaysia, tempat-tempat seperti ini pasti dikaitkan dengan unsur seram.

Antara sebab stesen ini sunyi ialah stesen ini terletak jauh daripada jalan raya utama, bangunan-bangunan tinggi, dan tarikan pelancong.

Warga tempatan yang menggunakan perkhidmatan disini juga tidak ramai.

Kalau anda menjadi pekerja di sini, sudah pasti bosan kerana masa banyak terluang dengan berborak dan tidak melakukan apa-apa.

Gambar ini diambil ketika waktu puncak. Orang pun tidak ramai bukan?

Kalau beginilah tempatnya, sudah tentu orang ramai tidak perlu beratur panjang-panjang dan bersesak-sesak.

Menurut laporan daripada China Plus, stesen ini berbeza daripada stesen-stesen di bandar utama disebabkan dimiliki oleh pentadbiran yang berbeza.

Kini, jabatan perancangan bandar sedang meneliti untuk memajukan kawasan tersebut dan bermakna akan wujud sebuah bandar baharu berdekatan Stesen Caojiawan tidak lama lagi.

Sumber: Era Baru

Loading...

Leave a Reply