Suarez Bantu Promosi Malaysia

Loading...

PETALING JAYA: Malaysia bakal dipromosikan sebagai destinasi pelancongan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama bintang bola sepak kelab Barcelona, Luis Suarez.Tourism Malaysia mengadakan kerjasama dengan Suarez selama setahun, selepas kontrak tersebut ditandatangani Tourism Malaysia dan wakil bintang bola sepak itu di Asia, Mediapro.”Ia merupakan satu penghormatan untuk bekerjasama dengan Malaysia, sebuah negara pelbagai budaya dengan pantai yang cantik dan resort bertaraf dunia.

“Saya teruja untuk memperkenalkan negara ini yang kaya dengan budaya dan warisan kepada semua penyokong saya, dan membuatkan mereka menyukai Malaysia,” kata Suarez dalam kenyataan media.

Suarez pernah memenangi dua kejuaraan LaLiga dan juara Liga Juara Juara Eropah bersama Barcelona sementara beliau dijangka mengetuai negaranya, Uruguay pada Piala Dunia di Rusia tahun depan.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerjasama tersebut dijangka dapat meningkatkan populariti Malaysia sebagai destinasi pelancongan di Asia sekali gus merancakkan industri pelancongan Malaysia.

“Kita teruja dapat bekerjasama dengan Suarez yang terbukti bukan sahaja antara pemain terbaik dunia, malah merupakan seorang pemimpin yang dihormati.

“Suarez juga menjadi inspirasi kepada ramai orang dan kita berharap dengan kerjasama ini akan mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan tropika yang menawarkan pengembaraan berterusan kepada semua pelancong,” katanya menerusi kenyataan.

kredit:- mstar

Loading...