SUBHANALLAH!! KISAH BENAR MAYAT MEMBACA YASIN DAN TIDAK REPUT DI MEKAH

Loading...

Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia .

Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Sumber: Melvister.com

 

Kisah Cinta Sejati Seorang Suami, Setiap Hari ‘Lunch’ Di Sebelah Kubur Isterinya, “Isteri Saya pertama Dan Selamanya”

 

Selalu kita melihat kisah sweet dipaparkan di media, kisah artis itu ini lakukan sesuatu yang diimpikan oleh wanita kepada pasangannya.

Namun, ianya hanyalah sweet di dunia semata-mata, tetapi apa yang diceritkana oleh Imam Masjid Seksyen 13, Shah Alam, Ustaz Muaawidz Al -Ansor Dzulkefly sungguh membuktikan cinta sejati itu wujud dan berkali-kali sweet berbanding yang ada di dunia ini.

Jom kita baca.

Jika anda bertanya apa itu Cinta Sejati love tilljannah, saya ingin kongsikan sebuah kisah benar yang saya alami sendiri. Kisah benar ini bukanlah kisah saya, tetapi kisah cinta seorang suami di dalam gambar ini.

Sebaik sahaja kami selesai menguruskan jenazah ahli kariah seksyen 13 di tanah perkuburan seksyen 21 shah alam, saya segera mendapatkan pusara nenek untuk diziarahi.

Sedang mencari-cari pusara nenek, seorang abang yang kacak (masya Allah) menghampiri saya lalu menyapa “Assalamualaikum …Cari kubur siapa tu ustaz? Deretan ni kebanyakannya yang meninggal bulan mei & april 2015.”

Mendengar kata-kata itu tadi saya agak kagum dengan lelaki tersebut. Lagak pakaiannya tidak langsung menunjukkan dia bekerja di tanah perkuburan ini. Tidak sempat saya bertanya, lelaki ini mula membuka kisahnya.

Tiap-tiap hari pergi kubur

Abang kacak : “Heh..ustaz tak perlu pelik, saya ke tanah perkuburan ni hampir tiap-tiap hari, dulu KAMI tinggal di Shah Alam, tapi sebab anak dah masuk sekolah kat KL, SAYA decide pindah ke KL jugak lah untuk dekat dengan satu-satunya anak saya ni.”

Saya : “Owh ye ke. Kalau dah tinggal dekat KL, macam mane pulak abang boleh datang sini hampir tiap-tiap hari”? Dekat kubur ni ada waris ke yang dikebumikan di sini”?

Abang kacak : “Kebetulan memang saya bekerja dekat seksyen 21 ni je..so setakat menyinggah memang tak de masalah” (sengih).

“Erm..alang2 ustaz dah tanya..saya cite sikit ye..itu pun kalau ust ada maselah”
Saya : (angguk2x)

Dia isteri pertama dan terakhir saya

Abang kacak : “Sebenarnya…kubur yang saya ziarah ni bukan setakat waris saya ustaz…dialah pelengkap hidup saya…dialah penyeri hidup saya…senang cite dialah isteri saya yang pertama dan selama-lamanya yang terakhir untuk saya ustaz.”

“Sepanjang dia hidup dia tak pernah mengeluh bila kami hidup susah, apatah lagi meminta-minta kerana dia tahu saya belum cukup mampu untuk beli itu ini buat masa tu”.

“Sampailah satu hari, bile kami dapat tahu dia jatuh sakit, hidup kami semakin susah, bayangkanlah duit gaji habis dekat kot kos rawatan saje., belum kos lain-lain lagi, masa tu saya hampir putus mengharap tapi wife pulak yang kuatkan saya”.

“Dua tiga hari sebelum wife meninggal, dia ada tanya satu soalan.”

Arwah isteri: “Cuba abang bagitau sayang, sebesar mana cinta abang dekat sayang?”

Abang kacak : “Cinta abang kepada sayang seluas jarak abang hidup di dunia dan sayang hidup di syurga”

Ketika itu tidak ada ungkapan melainkan hanya tangisan… Saya menjabat tangannya dan cuba menenangkannya dengan berkongsikan sebuah hadis Nabi s.a.w (boleh baca di bawah untuk rujukan)
Beliau menerima hadis tersebut dengan gembira dan meminta agar saya tuliskan kepadanya hadis tersebut untuk menjadi ingatan buatnya.

Bawa bekal, setiap hari makan tepi kubur isteri

Begitulah sebuah pertemuan singkat tetapi cukup mengajarkan kepada kita erti cinta yang abadi. Di akhirnya saya sempat bertanya kepada beliau, “abang datang sini bawak bekal ke?, Nampak macam tupperware je?”,

Abang kacak itu tersenyum, katanya “waktu lunch hour, memang saya akan makan kat sini”
Saya tergamam, inilah cinta sejati, inilah love tilljannah

Rujukan hadis :

“Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudah ku : kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” H.R al-Baihaqi

Hadis ini walaupun disabdakan khusus untuk isteri2 Nabi s.a.w namun maksud yang cuba disampaikan applicable juga Untuk kita yakini dan kita hajati. Syaratnya kedua2 pasangan kejarlah syurga Allah untuk mendapat #love #tilljannah.

Sumber: Siakapkeli

Loading...

Leave a Reply