“Tebar Demi Abah…”

PETALING JAYA: Dalam banyak-banyak pekerjaan yang ada, menakjubkan apabila gadis ini memilih untuk menjadi penebar roti canai.

Gadis bertudung ini langsung tidak peduli dengan kuali panas dan tangannya yang sentiasa berminyak ketika membuat juadah sarapan kegemaran ramai itu, jauh bezanya dengan kerjaya yang lebih ‘bersih’ atau glamor yang sering diimpikan rakan seusia dan sejantina dengannya.

Melihat kemahiran gadis ini, tidak hairanlah mengapa gambar dan videonya sedang ‘beraksi’ menebar dan menggoreng roti canai tular di media sosial.

Nur Intan Izani Mohd Bakri ketika dihubungi mStar Online berkata, walaupun menebar roti canai lebih sinonim dengan kaum Adam, dia tidak pernah malu atau segan mencari rezeki dengan cara ini di gerai D-8 IlahBrie yang dibuka oleh bapanya, di pekan Lunas, Kulim, Kedah, 30 tahun lalu.

“Saya membesar di sini, dari kecil tengok abah uli tepung dan buat roti canai, dari situlah timbul minat untuk belajar dan cari rezeki dengan cara ni.

“Kalau minat tak boleh malu, dulu mungkinlah malu sikit. Setakat pelanggan usik dan kacau-kacau tu biasalah, saya tak kisah sangat selagi mereka tak keterlaluan,” kata gadis ini.

Berusia 20 tahun, dia yang lebih senang disapa Izani mendedahkan  tidak pernah mempunyai cita-cita lain selain mahu menjadi ahli perniagaan berjaya.

Katanya, sejak menjadi penebar tetap di gerai bapanya, rutin hariannya adalah memulakan tugas seawal jam 6 pagi sehingga kira-kira pukul 10.30 pagi.

“Saya langsung tak pernah terfikir nak sambung belajar atau kerja makan gaji, dari dulu memang cita-cita saya nak sambung bisnes abah.

“Lagipun semua kerja di sini saya boleh buat. Tebar roti, bancuh air, kira duit, ambil ‘order’, saya gembira kerja dengan keluarga mungkin sebab tu saya tak pernah ada cita-cita lain,” katanya.

Mesej ‘nakal’ yang diterima Izani selepas kisahnya tular.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar, Lunas, ini mengakui menggalas tugas sebagai penebar roti canai tidak mudah selain memerlukan minat dan kesabaran.

Malah, seperti penebar lain, dia juga tidak pernah terlepas daripada dikritik oleh pelanggan, termasuklah yang mengadu roti yang dibuatnya koyak dan bersaiz petak, sedangkan pelanggan mahukan roti bersaiz bulat.

Izani berkata, untuk memuaskan hati pelanggan, dia akan berusaha perlahan-lahan menghasilkan roti canai menurut kehendak mereka.

Bercerita lanjut, Izani berkata dia mula belajar menebar secara serius daripada bapanya ketika berusia 16 tahun.

Katanya, dia mengambil alih tugas menebar daripada bapanya apabila insan kesayangannya itu jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital kira-kira empat tahun lalu.

“Saya buat, abah duduk sebelah tengok. Seminggu juga nak pandai walaupun dari kecil tengok abah buat.

“Buat roti canai ni kena sabar, tangan kena lembut dan paling penting kena buat selalu, masa tebar tak rasa penat, lepas dah berhenti boleh tahan jugalah penatnya,” katanya sambil menambah bapanya juga sanggup memasang kipas bagi mengurangkan rasa panas ketika bekerja.

Menurut Izani, selain menebar roti canai, dia juga mempunyai kepakaran lain iaitu membancuh minuman kegemaran ramai, teh ais tarik dan memasak nasi lemak.

Katanya, sejak gambar dan video dirinya dimuat naik oleh seorang pelanggan tetapnya di Facebook dan tular, dia menerima lebih ramai pelanggan termasuklah dari Kuala Lumpur dan Sabah.

Bagaimanapun katanya, dia masih belum mahir menyediakan adunan roti canai dan dalam proses belajar daripada bapanya.

kredit:- mstar

29 thoughts on ““Tebar Demi Abah…””

  1. This is very interesting, You are a very skilled blogger.

    I’ve joined your feed and look forward to seeking more
    of your fantastic post. Also, I have shared your site in my
    social networks!

  2. An intriguing discussion is definitely worth
    comment. I do think that you need to write more on this subject, it might
    not be a taboo subject but generally folks don’t talk about these issues.
    To the next! All the best!!

  3. Please let me know if you’re looking for a writer for your site. You have some really good posts and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I’d love to write some content for your blog in exchange for a link back to mine. Please send me an e-mail if interested. Thank you!

  4. Wow! This can be one particular of the most useful blogs We’ve ever arrive across on this subject. Basically Wonderful. I’m also an expert in this topic so I can understand your hard work.

  5. I was talking to a good friend of my own regarding this and even regarding vshare download too. I believe you made a number of great points here, we’re also excited to read more information from you.

  6. Hello there, I think your web site could be having browser compatibility problems.

    When I take a look at your web site in Safari, it looks fine
    but when opening in Internet Explorer, it’s got some overlapping issues.
    I just wanted to give you a quick heads up! Besides that,
    excellent blog!

  7. You’re completely correct! I loved reading this article and I will certainly return for more as quickly as possible. My own site is on the subject of best wireless headphones for working out, you can have a look if you’re interested in this.

  8. Hello there! This article could not be written much better!
    Reading through this post reminds me of my previous roommate!
    He continually kept preaching about this. I am going to forward this article to him.
    Fairly certain he’s going to have a good read.
    Many thanks for sharing!

  9. Hello! I’m at work surfing around your blog from my new iphone
    3gs! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your
    posts! Keep up the superb work!

  10. Spot on with this write-up, I actually assume this website needs rather more consideration. I’ll most likely be once more to read much more, thanks for that info.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *