Terengganu Sahkan Ikat Penyerang Berbisa Wasiu

Loading...

Penyerang berbisa kelahiran Nigeria, Akanni-Sunday Wasiu, disahkan mengikat kontrak setahun bersama Terengganu FC (TFC) II, hari ini.

Pengendali TFC II, Mustaffa Kamal Abd Wahab, menyifatkan kehadiran Akanni-Sunday, 33, sudah pasti menambah sengat pasukannya dalam menghadapi musim akan datang.

Reputasi selaku antara pencetak gol prolifik bersama UiTM FC juga membuktikan Akanni-Sunday sudah serasi dengan bola sepak tempatan sekaligus dipilih mengepalai jentera serangan TFC II.

“Kelibat Akanni memberi lebih kelebihan terutama di bahagian depan dan seorang penyerang tempatan akan diberi tugas bergandingan dengannya,” ujar Mustaffa.

Dalam perkembangan lain, bekas jurulatih skuad Piala Presiden Terengganu itu mengesahkan gagal mendapat persetujuan bekas tonggak import negeri itu untuk beraksi bersama mereka.

Situasi itu begitupun tidak menjejaskan TFC II yang sedang mengadakan rundingan dengan seorang pemain pertahanan dari Haiti.

“Pemain itu masih menimbang tawaran kami dan kata putus akan dibuat dalam masa terdekat,” tambahnya.

Kredit foto: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)

 

kredit:- astro

Loading...