Tidak Tahu Bila Akan Mati, Perlabur ASB Perlu Lakukan Ini Untuk Elak Wang Anda Dibekukan Dan Nasib Waris Terbela

Loading...

Setiap yang hidup pasti akan mati. Sekarang kita sihat, esok lusa tidak tahu lagi. Kita mungkin pergi tanpa sebarang petanda, sedang anak-anak masih kecil, ibu dan ayah kian tidak bertenaga dan pasangan pula tidak bekerja.

Sayangnya, walaupun kita tahu kita akan mati, kita selalunya hanya memikirkan tentang kehidupan hari ini dan masa depan. Kita jarang memikirkan soal mati dan apa yang akan berlaku selepas kita tiada.

Apa yang akan berlaku kepada pasangan dan anak-anak jika kita pergi tanpa harta atau jika kita punyai banyak harta, bagaimana pula proses tuntutannya?

Sudah sering kita dengar mengenai pertengkaran mengenai harta pusaka, bukan sahaja membabitkan waris kepada mereka yang kaya raya, tetapi ada juga yang berpatah arang berkerat rotan kerana berebutkan harta yang sekangkang kera.

Perkara paling penting yang kita sering terlepas pandang ialah semua harta yang ditinggalkan si mati akan dibekukan dan pembahagian harta mesti dilakukan secara faraid.

Malahan ramai yang tidak tahu bahawa selain aset seperti rumah dan tanah, simpanan di bank dan pelaburan dalam ASB juga dibekukan sehingga proses tuntutan harta pusaka selesai.

Bayangkan jika anak-anak masih kecil dan isteri anda tidak bekerja? Bagaimana mereka boleh meneruskan kelangsungan hidup sedangkan duit dalam akaun bank dan ASB anda tidak boleh dikeluarkan?

Proses tuntutan untuk menuntut semua harta berkenaan pula mungkin mengambil masa antara 3 hingga satu tahun. Malahan ada yang tidak selesai sehingga bertahun lamanya kerana masalah seperti pertelingkahan antara waris.

Apa yang menyebabkan proses tuntutan harta pusaka kadangkala mengambil masa? 

Sebenarnya, kelancaran proses tuntutan harta pusaka bergantung kepada sama ada pemilik harta ada membuat perancangan harta pusaka dan juga persefahaman antara waris.

Jika pemilik sudah awal-awal lagi membuat perancangan harta pusaka seperti hibah, amanah atau wasiat, proses yang diambil mungkin dapat disingkatkan.

Dengan adanya wasiat atau menamakan penama, pemilik sudah menamakan penerima untuk harta yang ditinggalkan manakala menerusi Hibah pula, harta berkenaan sudah dipindahkan pemilikannya dan ini menyebabkan ia tidak termasuk lagi dalam faraid.

Namun begitu membuat wasiat atau penama, tidak menjanjikan tiada masalah kerana wasiat boleh dicabar oleh waris yang tidak berpuashati manakala penama pula hanya bertindak sebagai wasi.

Sebagai wasi, penama hanya boleh bertindak sebagai wakil kepada waris untuk menguruskan harta yang ditinggalkan si mati kerana semua harta berkenaan perlu dibahagikan mengikut hukum faraid.

Justeru waris perlu memainkan peranan penting untuk saling bertolak ansur dalam menguruskan harta pusaka sekiranya si mati tidak menguruskan hartanya semasa masih hidup.

Malangnya kadangkala sikap waris menyebabkan banyak proses tuntutan harta pusaka terbengkalai dan mereka yang berhak, dinafikan haknya sehingga tidak mewarisi walau satu sen pun harta yang sepatutnya menjadi milik mereka.

Siapa waris dan apa pula punca sengketa?

Dalam pembahgian harta mengikut Islam atau Faraid, hanya lima waris yang layak menerima harta yang ditinggalkan si mati iaitu ayah, ibu, suami/isteri, anak lelaki dan anak perempuan.

Masalah sering timbul  jika ada antara waris berkenaan sudah meninggal dunia atau si mati hanya mempunyai anak perempuan, yang menyebabkan berlakunya tuntutan berlapis, yang kadangkala hingga membabitkan berpuluh-puluh waris sedangkan nilai harta tidak seberapa.

Selain itu ada juga kes dimana waris masih di bawah umur dan hak mereka dinafikan. Ada isteri yang terpaksa menjual rumah yang ditinggalkan suami kerana ia perlu dikongsi dengan waris lain berdasarkan arahan pembahagian harta mengikut faraid. Ini kerana isteri perlu membayar bahagian waris lain jika mahu terus tinggal di rumah berkenaan.

Bagaimana caranya untuk pastikan pasangan dan anak-anak dapat tuntut wang pelaburan dalam ASB dengan pantas selepas kita meninggal?

Sebenarnya ASNB ada menawarkan produk perwarisan Hibah Amanah (untuk pelabur muslim) dan Pengisytiharan Amanah bagi memudahkan pelaburnya menetapkan penerima bagi pelaburan mereka selepas mereka meninggal kelak.

Sama ada tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu, pelabur ASB sebenarnya dalam kerugian jika mereka tidak mendaftar untuk Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah.

Ini kerana berdasarkan undang-undang Malaysia, unit amanah berada dalam ketegori harta persendirian dan ini menyebabkan ia tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran.

Justeru untuk menuntut pelaburan simati, waris perlu melalui proses tuntutan harta pusaka yang ‘standard’ yang mana mereka perlu melantik pentadbir atạu wasi untuk menguruskan pembahagian harta pelabur yang telah meninggal dunia.

Tanpa persetujuan waris, kadangkala langkah pertama untuk melantik wasi inipun sukar direalisasikan kerana masing-masing berebut menjadi wakil atau tiada waris yang sanggup meluangkan masa untuk menguruskannya.

Oleh kerana proses tuntutan itu juga membabitkan harta-harta simati yang lain, waris mungkin perlu menunggu lama sebelum wang pelaburan dalam ASB dapat dikeluarkan.

Bagaimanapun jika pelabur melanggan Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah, waris tidak perlu melalui proses tuntutan yang panjang ini kerana ia dipermudah dan boleh selesai dalam masa yang lebih singkat berbanding tuntutan menerusi proses biasa.

Proses menetapkan penerima juga mudah kerana pelabur hanya perlu ke cawangan ASNB untuk mengambil borang, melengkapkannya dengan mendapatkan persetujuan penerima dan memgembalikannya semula kepada ASNB untuk disahkan.

Pelabur boleh menetapkan sehingga 10 penerima untuk semua akaun pelaburan mereka dalam ASNB.

Apa yang istimewa mengenai Hibah Amanah ialah pelabur bọleh memilih sesiapa sahaja yang dirasakan layak sebagai penerima termasuk anạk atau emak angkat atau mungkin juga sahabat baik yang banyak berjasa.

Caj perkhidmatan ini juga lebih murah berbanding yuran yang biasanya dikenakan peguam iaitu 5 peratus daripada jumlah harta yang dibiayai petadbir.
Untuk melanggan Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah, pelabur hanya perlu ke Cawangan ASNB.

Menariknya ketika ini, ASNB menawarkan yuran pendaftaran pada harga istimewa RM100 sepanjang 1 September hingga 30 November 2017, berbanding caj biasa sebanyak RM180.

Untuk mendaftar Hibah Amanah atau Pengisytiharan Amanah, pelabur boleh mendapatkan borang pendaftaran di semua 30 Pejabat Cawangan ASNB di seluruh negara atau muat turun di laman web ASNB (www.asnb.com.my).

Jadi apa tunggu lagi, jomla langgan Hibah Amanah, kerana kita tidak tahu bila ajal akan tiba dan ketika itu mungkin sudah terlambat untuk kita membela nasib yang tesayang.

Baca lebih lanjut mengenai Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah di SINI.
kredit:- siakap keli

Loading...