Tok Gajah sah gugur lapan pemain

Loading...

KUANTAN: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan lapan pemain musim ini digugurkan sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Menerusi kenyataan rasmi laman Facebook Pahang FA, pemain yang digugurkan adalah penjaga gol utama, Wan Azraie Wan Teh, Saiful Nizam Miswan, Heo Jaewon dan Nordin Alias, masing-masing di posisi pertahanan.

Selain itu, Ahmad Syamim Yahya, Joseph Kallang Tie dan Nurridzuan Abu Hassan yang beraksi di bahagian tengah manakala Ashari Samsuddin (penyerang).

Dengan pengesahan itu, skuad Tok Gajah mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu Matheus Alves dari Brazil, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina).

Pemain lain yang dikekalkan adalah Helmi Heliza Elias, Matthew Davies, R Dinesh, Christie Jayaseelan, Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Kiko Insa, Mohd Faisal Rosli, Afif Amiruddin, Nor Azam Azih, Zubir Azmi, Saufi Muhammad, Salomon Raj, Muslim Ahmad, R Kogileswaran dan Ashar Al Aafiz.

Setakat ini, hanya Wan Azraie mengesahkan kembali menyarung jersi Terengganu manakala tujuh lagi pemain tidak dapat disahkan pasukan baharu yang bakal mereka sertai musim depan.

Menerusi kenyataan itu juga, pihak pengurusan PBNP, kejurulatihan dan seluruh warga Pahang mendoakan lapan pemain berkenaan berjaya bersama pasukan baharu.

PENCAPAIAN skuad Tok Gajah musim ini sekadar bergelar naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia. – Foto Farizul Hafiz Awang

Musim ini, Pahang melakukan rombakan besar dengan menyenaraikan barisan pemain berpengalaman untuk mengembalikan status pasukan yang digeruni.

Namun, skuad kendalian Dollah Salleh itu gagal untuk mengucup piala berprestij musim ini.

Berdasarkan pencapaian musim ini, skuad Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA, tempat kedua Liga Super dan layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Tetapi, pencapaian itu lebih baik berbanding prestasi skuad itu pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

kredit:- BH

Loading...