Uli Roti Canai Atas Penutup Tangki Kumbahan Najis

Loading...

Restoran nasi kandar menjadi pilihan ramai terutama di negeri-negeri bahagian utara kerana dikatakan nasi kandar di sana lebih sedap berbanding di negeri lain.

Baru-baru ini pihak berkuasa membuat pemeriksaan di beberapa restoran nasi kandari di Alor Setar, Kedah, terkejut apabila mendapati tahap kebersihan di beberapa restoran amat menjijikkan.

Video dari Astro Awani tersebut menunjukkan hasil serbuan dan seorang pekerja restoran nasi kandar di Jalan Seberang menguli tepung roti canai di atas penutup tangki kumbahan najis di bahagian belakang restoran.

Malah, minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam turut tidak ditukar walaupun telah digunakan selama dua hari berturut-turut.

Justeru itu, restoran terbabit diarahkan tutup selama 14 hari bagi tujuan pembersihan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Bahkan, dua restoran lain terletak di Jalan Pegawai dan Jalan Stadium turut diarahkan tutup dalam Operasi Pemeriksaan Halal di sekitar bandar Alor Setar disebabkan tahap kebersihan restoran kurang memuaskan.
img class=”aligncenter size-full wp-image-11936″ src=”http://infoayam.com/wp-content/uploads/2017/08/2.-Uli-Roti-Canai-Atas-Penutup-Tangki-Kumbahan-Najis.jpg” alt=”” width=”650″ height=”441″ />Sumber dari astroawani.com

Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Halal) Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Rosyadah Ramli memberitahu operasi itu bermula dari 10 pagi hingga 2 petang membabitkan enam restoran di bandar tersebut.

“Daripada enam yang diperiksa, tiga diarah tutup serta-merta kerana kebersihannya tidak memuaskan. Ketika diperiksa kita menemui najis lipas di dalam premis, selain keadaan premis juga berisiko mengundang kehadiran tikus disebabkan ada bahan mentah yang tidak ditutup,” ujarnya.
Sumber dari astroawani.com

“Kebanyakan bahan mentah di ruang dapur restoran yang diperiksa terdedah dan tidak ditutup, malah telur yang digunakan membuat roti canai atau masakan lain juga tidak dicuci dengan sempurna,” sambungnya.

“Kita turut mengesan ada pekerja restoran terbabit menguli tepung roti canai di atas ruang penutup kumbahan najis di belakang premis dan ia agak menjijikkan, sekali gus restoran itu diarahkan tutup,” tambahnya lagi.

Operasi tersebut dijalankan bersama 30 anggota iaitu dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri serta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

sumber:vitdaily

 

Loading...

Leave a Reply