Umie Aida Luah Rasa Syukur Anak Terima Ijazah

Loading...

Ibu mana yang tidak gembira melihat kejayaan anaknya setelah berhempas pulas membesarkan sedari kecil sehingga berjaya ke menara gading.

Itulah yang dirasakan oleh pelakon popular, Umie Aida yang telah meluahkan rasa syukurnya menerusi akaun Instagram atas kejayaan anaknya yang baru sahaja mendapat ijazah.

Menerusi luahan syukur Umie itu juga dia turut berkongsi kisah dirinya yang telah memikul tanggungjawab sebagai ibu sedari umurnya 20 tahun.

“Seusia me 20tahun me telah memikul tanggungjwp seorg ibu. Yeaa.. berat tanggungjawap mendidik & membesarkan anak2 masa seusia itu , lebih kurang mcm ibu tunggal. Susah senang, pahit manis adalah jalan cerita yang indah dalam hidup me. Alhamdulilah… Dan hari ini me bangga dgn percapaian anak2 me.. terima kasih @danialfirdaus12 & @dzulhelmy22 🙏 semoga berjaya dunia akhirat. #bachelorofbusiness #hons #proudofyou #unisel,” tulis Umie.

Rata-rata peminat Umie juga turut mengucapkan tahniah buat anak Umie malah ada yang bangga dengan Umie kerana dapat membesarkan anak-anaknya dengan baik.

shima_yob_ismail: Tahniah kak umie ..berjaya mendidik anak hingga ke menara gading

rabithah_ht: Alhamdulillah….Tahniah muu @umieaida9 …kepayahan dlm keindahan mendidik mereka sejak kecil telah mencipta kebahagiaan..Tahniah kpd mereka berdua, moga terus berjaya dan bahagia dunia akhirat.Aamiin..

aziraismail: Congrats @umieaida9. You have done well raising them up. All the best boys, you’ve got one great mum there 👍🏼

7976aiman17: Doa restu ibu sampai kesyurga..kunci kejayaan anak2..teruskan perjuangan me

Kami di MH Online juga turut tersentuh dengan perkongsian Umie ini. Apapun kami mengucapkan tahniah buat Umie dan anaknya.

Semoga anak Umie berjaya di masa hadapan dengan kejayaan yang diperolehi sekarang.

Sumber: Instagram Umie Aida

kredit:- Media HIburan

Loading...