(Video) Janna Nick Didenda Nyanyi Lagu JDT, Tapi Dia Punya Gelak, Hantu Pun Boleh Lari. Serius Kelakar !!

Loading...

Siapa tidak kenal bintang baru yang semakin popular, Janna Nick. Telatahnya yang bersahaja, kelakar dan sedikit nakal itu membuatkan dia senang didekati peminat. Bukan sahaja cantik, berlakon pun hebat juga.

Gadis kelahiran Kedah ini juga sangat fanatik dengan bola tau. Baru-baru ini Janna Nick berjanji akan menyanyikan satu lagu JDT jika pasukan JDT menang menentang Kedah.

Nampaknya, Janna Nick kena langsaikan hutanglah. Kedah dah tewas malam Sabtu lepas heheh.

Congrats JDT…seperti dijanjikan kami hutang lagu johor satu..ok. coming soon…takpa kedah bagi depa pinjam sat piala kita nanti ambik balik tau… Dah balik leklok semua orang kampung…Kalau lapaq singgah makan char koew teow ok…bye#sayangketatsendatpadat @janna_nicker@sephia.my #kedahseratarata


Siapa suruh berjanji kan? Terpaksalah Janna tunaikan janji tu. Ai comel pulak dia nyanyi macam tu! Apa komen korang? Okay tak Janna nyanyi lagu Johor? Ke kena ulang lagi?

Ramai betul yang tergelak dengan Janna menyanyi, nampak pitching dengan tempo tak kena lah Janna. Sebutan pun kurang jelas. Hehehhe. Apa-apapun Janna Nick memang sempoi. Kalah menang adat permainan, yang penting semangat kesukanan tu peminat nak tengok. Keep it up!

Lepas ini kalau ada rezeki Kedah menentang JDT lagi, Kedah menang Janna kenakan Fahrin pulak ye? Barulah adil!

sumber : Viral Media Johor

Loading...