[video] Messi Tunjuk Magis

Loading...

LIONEL Messi akhirnya berjaya menewaskan Gianluigi Buffon.

Dalam tempoh 12 tahun beraksi dalam Liga Juara-Juara (CL), Messi sering gagal dalam percubaan menembusi gawang Juventus itu termasuk ketika saingan suku akhir 2015.

Bagaimana pun, pada perlawana  peringkat kumpulan CL musim ini, Messi mempamerkan permainan magisnya dengan menjaringkan dua gol (m-45,69).

 

Manakala Rakitic menyumbang satu untuk untuk kemenangan 3-0 ke atas kelab The Old Lady itu.

Dalam pada itu, Messi menyamai rekodnya dalam aksi CL apabila berjaya menjaringkan gol pertama seperti yang dilakukan pada tahun 2005.

Selain itu, satu lagi saingan bagi Kumpulan D menyaksikan Sporting Lisbon menang 3-2 ke atas Olympiacos.

Turut meraih kemenangan sulung dalam saingan musim ini termasuk Manchester United 3-0 ke atas Basel serta Chelsea berpesta gol 6-0 terhadap Qarabag FK.

video gol & highlights di bawah

Loading...

Leave a Reply