[video]Luahan..DSV Kecewa Dilabel ‘Desperate’ Nak Berlaki

Loading...

TAHNIAH Dato’ Seri Vida! Kerana telah berjumpa dengan jejaka bermata kelabu seperti mana yang diidamkannya selama ini!
Bukan setakat itu sahaja, malah siap ada rupa persis bekas pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham lagi. Haaa..Kelas! Kau hado?

Di sebalik kebahagiaan itu, Vida tetap terkesan dengan komen-komen netizen sebelum ini yang melebel dirinya seolah-olah perempuan ‘desperate’ untuk berlaki.

Bagi menjawab semua persoalan dan kutukan tersebut, Vida telah memuat naik satu video di akuan Instagram miliknya baru-baru ini.

Video berdurasi seminit itu memaparkan Vida yang mengenakan busana dan tudung berwarna hitam sambil memegang handphone di tangan meluahkan rasa geram dan kecewa berikutan dakwaan yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Tolong jgn macam2.. jaga maruah diri, hormati saya atas dasar KEMANUSIAAN . . Ingat saya gelak2 hepi sokmo, takde maruah ke? Kenapa saya marah? Syg tahu kan.. kalau nak ikutkan kuat mmgla saya kuat.. boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni.. tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti sy . . Tapi.. kdg saya tergelak jgk.. sebab dia memalukan diri sendiri 😇 cuma tolong hormati saya walaupun JANDA. Itu HAK Allah nak nilai siapa saya.. org yang rapat kenal sy mcm mana . . Wahai wanita sekalian.. pertahankan maruah wanita kita.. saya mohon.. bayangkan saya berjuang.. betapa sedihnya kita dipermainkan . . Nak populariti ke? Ingat saya gatai sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la.. kalau ada jodoh pun, saya nak yg sanggup hidup dgn saya,, bukan setahun dua je.. tapi yang boleh didik anak.. aturkan bisnes saya.. bukan senang . . Syg semua.. tahukan saya ni wanita, yang punya kudrat yg sama dgn KejAdian wanita lain.. hati jiwa raga yang serupa.. di sebalik kejayaan saya ni . . perjalanan saya amat perih.. ramai orang tak tahu.. doakan saya.. moga dijauhkan dgn orang yang mengkhianati.. didekatkan dengan orang yang mengerti saya.. ye… sy rindu syg2 semua.. muahh 💋💋💋😁😁😁

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

“Nak populariti ke? Ingat saya gatai sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la…kalau ada jodoh pun, saya nak yang sanggup hidup dengan saya, bukan setahun dua je…tapi yang boleh didik anak…aturkan bisnes saya…bukan senang,” ujarnya menerusi laman Instagram.

Tambahnya lagi, pada dasarnya memanglah dia kelihatan gembira tetapi sudah menjadi lumrah wanita, sekuat mana pun seseorang itu pasti akan tewas juga pada satu ketika.

Vida meminta agar orang ramai berhenti menilai setiap apa yang dibuatnya. Sesungguhnya hanya Tuhan yang layak menilai siapa dirinya.

“Ingat saya gelak-gelak hepi sokmo, takde maruah ke? Kenapa saya marah? Sayang tahu kan… kalau nak ikutkan kuat memanglah saya kuat…boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni…tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti saya,”luahnya dengan rasa geram.

Video yang mendapat lebih daripada 174,000 tontonan itu secara tidak langsung menerima reaksi yang pelbagai daripada peminatnya di mana rata-rata mereka memintanya untuk terus bersabar.

Hmmm…Mulut orang ni bukan kita boleh tutup. Apa yang kita buat semua salah, Semuanya tak betul di mata mereka. Buat salah sudah tentunya salah, buat baik pun masih ada yang mengata.

Bersabar je la ya DSV! Apa-apapun tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga jodoh kali ini berpanjangan hendaknya!

Kalau menjadi, jangan lupa jemput ya!

sumber– MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply