WhatsApp alami gangguan

Loading...

LONDON 3 Nov. – Aplikasi WhatsApp berdepan gangguan terbesar yang menjejaskan berjuta-juta penggunanya di seluruh dunia.

Portal berita mirror.co.uk melaporkan, pengguna tidak dapat menghantar atau menerima mesej menggunakan aplikasi milik Facebook itu dipercayai akibat masalah pelayan komputer atau server.

WhatsApp mengesahkan gangguan tersebut dalam satu kenyataan kepada Whatsappen.nl, dan berkata pihaknya sedang berusaha menyelesaikan masalah tersebut.

Pengguna di Eropah Utara dan Indonesia dilaporkan paling terjejas teruk walaupun masalah itu peringkat awalnya dikesan di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Pakistan dan kemudian ke beberapa negara lain di seluruh dunia termasuk Malaysia.


 

Loading...